Hajji Bakery
Bermula pada tahun 2005, Hajji Bakery kini dalam usaha untuk meluaskan lagi jenama di mana kini Hajji Bakery mempunyai dua lokasi kedai kek, biskut dan roti di Bandar Tasik Puteri dan juga Bandar Country Homes. Kedua-dua lokasi ini terletak di Rawang.
Pada tahun 2019, Hajji Bakery telah mempunyai sebuah kilang berkeluasan 6000 kaki persegi untuk penghasilan dan pembekalan produk bakeri seperti roti, kek, biskut dan donut kepada B2B di luar sana.
Hajji Bakery juga mempunyai kapasiti untuk menghasilkan produk bakeri dalam kuantiti yang banyak untuk mana-mana pengusaha bakeri yang inginkan produk bakeri jenama sendiri.
Fokus kami adalah untuk menjadi peneraju industri bakeri halal di peringkat global samada menerusi produk kami sendiri atau sebagai pembekal.
Cawangan Hajji Bakery
Bandar Tasik Puteri
Bandar Country Homes
Servis Ditawarkan
Pembekal B2B
Hajji Bakery merupakan pembekal produk seperti kek, biskut, roti dan donut kepada hotel, katering, bakeri, asrama, kantin dan lain-lain.
Jenama Sendiri (OEM)
Ingin hasilkan produk seperti biskut, kek, roti dan donut jenama anda sendiri dalam kuantiti yang besar dan pantas?
Pengedar Produk
Kami turut membuka peluang kepada pengedar untuk menjual signature products kami iaitu Bagelen dan Biskut Paloma.
Kelebihan Hajji Bakery
Pengalaman Sejak 2005
Pengalaman kami menjadikan kami diantara jenama yang diyakini dan terbukti mampu memenuhi keperluan anda.
Penuhi Keperluan
Kilang dan mesin yang kami gunakan mampu untuk memenuhi sebarang bentuk keperluan anda.
Kapasiti Tinggi
Teknologi, mesin dan tenaga kerja mahir kami mampu memastikan setiap permintaan dapat dipenuhi sebaiknya.
Berkualiti Tinggi
Setiap produk akan diberikan sampel bagi memastikan anda berpuas hati dengan kualiti produk yang kami hasilkan.
Pelanggan Setia
Dibuktikan menerusi senarai database Hajji Bakery VIP yang sentiasa menyokong perniagaan kami selama ini.
Halal & HACCP
Tiada isu dengan sebarang produk keluaran Hajji Bakery kerana semuanya menepati piawaian halal JAKIM dan HACCP.