Mengenai Kami

Bermula dari tahun 2005, Hajji Bakery kini mempunyai dua lokasi kedai kek, biskut dan roti di Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes. Kedua-duanya terletak di Rawang.

Pada tahun 2019, kami telah berjaya mencapai sebuah lagi milestone kami di mana Hajji Bakery mempunyai sebuah kilang berkeluasan 6000 kaki persegi.

Fokus kami adalah untuk memberikan kelazatan kek, roti dan biskut menerusi jenama sendiri dan turut membantu usahawan di luar sana untuk menghasilkan jenama mereka sendiri.

Mengenai Kami

Misi

Untuk melestarikan pembangunan insan.

Visi

Menjadi jenama bakeri global di dalam pasaran halal.

Pengesahan Halal

Hajji Bakery mendapat pengiktirafan dan pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus bersaing sebagai salah sebuah jenama bakeri halal di peringkat global.

Selain itu, kami juga mendapat pengiktirafan HACCP yang merupakan bukti bahawa segala proses dan prosedur pembuatan makanan di kilang kami mematuhi standard dan piawaian antarabangsa.

Ia sekaligus akan memberikan kelegaan kepada semua klien dan juga pelanggan kami bahawa kebersihan, keselamatan dan kualiti produk-produk yang dihasilkan Hajji Bakery adalah berkualiti tinggi.

Servis Ditawarkan

Hajji Bakery

Pembekal B2B

Hajji Bakery merupakan pembekal produk seperti kek, biskut, roti dan donut kepada hotel, katering, bakeri, asrama, kantin dan lain-lain.

Jenama Sendiri (OEM)

Ingin hasilkan produk seperti biskut, kek, roti dan donut jenama anda sendiri dalam kuantiti yang besar dan pantas?

Pengedar Produk

Kami turut membuka peluang kepada pengedar untuk menjual signature products kami iaitu Bagelen dan Biskut Paloma.

Kelebihan Hajji Bakery

Hajji Bakery

Pengalaman Sejak 2005

Pengalaman kami menjadikan kami diantara jenama yang diyakini dan terbukti mampu memenuhi keperluan anda.

Penuhi Keperluan

Kilang dan mesin yang kami gunakan mampu untuk memenuhi sebarang bentuk keperluan anda.

Hajji Bakery

Kapasiti Tinggi

Teknologi, mesin dan tenaga kerja mahir kami mampu memastikan setiap permintaan dapat dipenuhi sebaiknya.

Berkualiti Tinggi

Setiap produk akan diberikan sampel bagi memastikan anda berpuas hati dengan kualiti produk yang kami hasilkan.

Hajji Bakery

Pelanggan Setia

Dibuktikan menerusi senarai database Hajji Bakery VIP yang sentiasa menyokong perniagaan kami selama ini.

Halal & HACCP

Tiada isu dengan sebarang produk keluaran Hajji Bakery kerana semuanya menepati piawaian halal JAKIM dan HACCP.